Saturday, July 4, 2020

Kemahiran Akses Sumber Pembelajaran



KPS3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN KUMPULAN D

TOPIK 7 : PENGURUSAN SUMBER


                                 KEMAHIRAN AKSES SUMBER PEMBELAJARAN



Pembelajaran berasaskan sumber banyak bergantung kepada keupayaan pelajar untuk mendapatkan  maklumat dengan tepat. Oleh yang demikian, para pelajar perlulah memiliki kemahiran dalam  mengakses sumber pembelajaran. Terdapat kemahiran yang digariskan untuk memastikan matlamat pembelajaran berasaskan sumber itu tercapai.

Maksud kemahiran akses sumber pembelajaran adalah kemahiran mengesan, kemahiran untuk mengalisis dan menilai informasi, kemahiran menggunakan teknologi, kemahiran membuat tinjauan atau temuduga, kemahiran merujuk, kemahiran mengalisis data dan kemahiran menginterprestasi bahan-bahan.





Terdapat beberapa jenis sumber :

·         Sumber berasaskan manusia: Ianya berlaku sekiranya berlaku sesuatu interaksi antara dua atau lebih  pihak.Tetapi maklumat ini tidak dapat terjamin kualiti dan benar.

·         Sumber bahan bercetak: Sumber ini mudah diperolehi dan mudah diterima oleh semua pelajar tetapi terdapat beberapa maklumat didalamnya bukan maklumat yang terkini.

·          Sumber pandang dengar: Hampir semua mampu memperolehinya dan digunakan pada masa kini tetapi ia merupakan peralatan mudah rosak berbanding buku yang boleh dibaca dimana sahaja tanpa perlu risau mengenai kualitinya.













Kemahiran Akses Sumber Pembelajaran

KPS3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN KUMPULAN D TOPIK 7 : PENGURUSAN SUMBER                                  KEMAHIRAN AKSES SUMBER PEMBELAJARAN ...